KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2019

Pada 26 April 2019 sehingga 28 April 2019, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas. Kem tersebut diadakan di Kem Sri Raudah, Gombak, Selangor. Seramai 120 orang pengawas yang terdiri daripada pengawas-pengawas dari tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta 12 orang guru pengawas terlibat dalam kem ini. Program ini turut dihadiri oleh tiga orang VIP iaitu Puan Hajah Sukainah binti Haji Ismail, Encik Bakari bin Abu Bakar dan Puan Sharifah binti Othman. Kem ini diadakan untuk membentuk sahsiah dan keterampilan pengawas di sekolah sekali gus melahirkan pengawas sekolah yang berkualiti tinggi. Saya berharap p rogram seperti ini dilaksanakan lagi pada tahun yang akan datang untuk memberikan input dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang kepimpinan. Berikut merupakan perjalanan bagi kem ini : Pertandingan drama antara kumpulan Senaman pagi Ucapan oleh wakil PIBG Sesi fotografi