KURSUS PEMANTAPAN BACAAN DOA 2019

Pada tanggal 27 Februari 2019, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Kursus Pemantapan Bacaan Doa yang di bertempat di Makmal Duron SMK Bukit Sentosa. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai pengawas lelaki beragama Islam yang berani untuk memimpin bacaan doa pada setiap pagi dan setiap kali majlis diadakan di sekolah. Antara pihak yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Rashid yang telah memberi tunjuk ajar kepada semua pengawas lelaki yang hadir, Puan Roslina binti Mustapha selaku penyelaras program, Nor Firzanah Azyan binti Mohd Hisham selaku Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa, Muhammad Danish Azha bin Aidi Azha selaku Ketua Biro Kerohanian, Nur Azra Irdina binti Azhar selaku Ketua Biro Dokumentasi dan para pengawas lelaki tingkatan 3, 4 dan 5 yang beragama Islam. Semoga semua pengawas lelaki yang hadir ke kursus ini dapat memimpin bacaan doa dengan lancar pada setiap pagi dan juga setiap kali majlis diadakan.
Berikut merupakan perjalanan bagi kursus ini : 

Ketua Biro Kerohanian memberi tunjuk ajar kepada semua pengawas lelaki yang hadir

Ustaz Rashid menyampaikan 13 adab berdoa dan seterusnya meminta setiap pengawas lelaki yang hadir untuk membaca doa secara individu

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Hi-Tea Badan Pengawas dan Jamuan Akhir Tahun 2017

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS 2017

Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa.