26 Januari 2018(Khamis)-Sebuah majlis telah diadakan di SMK Bukit Sentosa untuk meraikan Puan Wan Khatijah bt Wan Abdullah iaitu mantan Penolong Kanan 1 SMK Bukit Sentosa yang telah menamatkan khidmat baktinya di SMKBS .Majlis yang bermula pada pukul 7:45 pagi itu turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas seperti Tn. Hj. Zakaria Bin mat Ali(Mantan YDP PIBG),Pn. Zarina Abdul Rahman (Pengetua SMK Taman Bunga Raya 1) dan Pn. Kanha Prak Prom Keu(PK1 SMK Bukit Sentosa 2).Selain itu,majlis ini juga turut dibantu oleh barisan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas dengan mengiringi kemasukan tetamu-tetamu kehormat.Majlis ini menjadi lebih bermakna buat Puan Wan Khatijah dengan adanya ucapan Tuan Haji Abdul Karim bin Ihwan,Encik Bakari Bin Abu Bakar dan Jasmin Bt Aziz Zudin serta persembahan daripada pelajar.Semoga Puan Wan Khatijah terus maju di tempat baru dan sentiasa mengingati warga SMK Bukit Sentosa.
 |
Barisan AMT yang menjayakan majlis. |
 |
Puan Wan Khatijah bt Wan Abdullah yang diraikan. |
 |
Ucapan ketua pelajar SMKBS. |
Comments
Post a Comment