MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA 2019

Pada 12 Januari 2019, Mesyuarat Agung Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah berlangsung dengan lancar di Naungan Munsyi SMK Bukit Sentosa. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Antara pihak yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah Puan Hajah Sukainah binti Ismail, barisan Guru-Guru Pengawas dan Pengawas-Pengawas SMK Bukit Sentosa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 2019 serta memupuk semangat kerjasama antara pengawas demi memantapkan pengurusan disiplin sekolah. Semoga pengawas-pengawas SMK Bukit Sentosa dapat bekerjasama antara satu sama lain dan dapat menjalankan tugas dengan baik pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang akan datang. Ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat. Kerjasama anda amat dihargai.
Berikut merupakan perjalanan bagi Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2019 :

Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas Sesi Pagi
Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas Sesi Petang
Perasmian oleh Puan Hajah Sukainah bt Ismail
Puan Roslina memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 2019
Ketua Biro Naungan Munsyi menyusun kedudukan pengawas yang bertugas di Naungan Munsyi
Perjumpaan bagi setiap biro diadakan

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Hi-Tea Badan Pengawas dan Jamuan Akhir Tahun 2017

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS 2017

Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa.