MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2019 (SESI PAGI)

Pada 29 Januari 2019 yang lalu, SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar yang bertempat di Naungan Munsyi SMK Bukit Sentosa. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melantik para pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada beberapa unit iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan sebagainya. Majlis ini bermula sejurus sahaja para pentadbir SMK Bukit Sentosa tiba di Naungan Munsyi pada jam 8.10 pagi. Pentadbir sekolah yang terlibat dalam majlis ini terdiri daripada Tuan Raimi bin Ramli, Puan Faridah binti Shreef dan Puan Hajah Sukainah binti Haji Ismail. Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa telah diperkenalkan iaitu Nor Firzanah Azyan binti Mohd Hisham dari kelas 5 Ursinia. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Pengetua SMK Bukit Sentosa, Tuan Raimi bin Ramli untuk memimpin dan mengawal disiplin para pelajar SMK Bukit Sentosa. Barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang terdiri daripada Penolong-Penolong Ketua Pengawas serta Ketua-Ketua Biro juga telah diperkenalkan kerana mereka merupakan tulang belakang Badan Pengawas Sekolah. Semoga para pemimpin sekolah yang sudah dilantik dapat menjalankan amanah dan tugas dengan baik.
Berikut merupakan perjalanan bagi majlis ini :

Ketibaan para Pentadbir SMK Bukit Sentosa
Bacaan doa diketuai oleh Ketua Biro Kerohanian
Ucapan dan perasmian oleh Pengetua SMK Bukit Sentosa
Penyampaian watikah kepada wakil Badan Pengawas
Lafaz Ikrar Pemimpin yang diketuai oleh Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Hi-Tea Badan Pengawas dan Jamuan Akhir Tahun 2017

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS 2017

Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa.