Posts

Showing posts from May, 2019

KURSUS PEMANTAPAN BACAAN DOA 2019

Image
Pada tanggal 27 Februari 2019, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Kursus Pemantapan Bacaan Doa yang di bertempat di Makmal Duron SMK Bukit Sentosa. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk  melahirkan lebih ramai pengawas lelaki beragama Islam yang berani untuk memimpin bacaan doa pada setiap pagi dan setiap kali majlis diadakan di sekolah. Antara pihak yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Rashid yang telah memberi tunjuk ajar kepada semua pengawas lelaki yang hadir, Puan Roslina binti Mustapha selaku penyelaras program, Nor Firzanah Azyan binti Mohd Hisham selaku Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa, Muhammad Danish Azha bin Aidi Azha selaku Ketua Biro Kerohanian, Nur Azra Irdina binti Azhar selaku Ketua Biro Dokumentasi dan para pengawas lelaki tingkatan 3, 4 dan 5 yang beragama Islam. Semoga semua pengawas lelaki yang hadir ke kursus ini dapat memimpin bacaan doa dengan lancar pada setiap pagi dan juga setiap kali majlis diadakan. Berikut merupakan perjalanan ba...

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2019 (SESI PAGI)

Image
Pada 29 Januari 2019 yang lalu, SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar yang bertempat di Naungan Munsyi SMK Bukit Sentosa. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melantik para pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada beberapa unit iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan sebagainya. Majlis ini bermula sejurus sahaja para pentadbir SMK Bukit Sentosa tiba di Naungan Munsyi pada jam 8.10 pagi. Pentadbir sekolah yang terlibat dalam majlis ini terdiri daripada Tuan Raimi bin Ramli, Puan Faridah binti Shreef dan Puan Hajah Sukainah binti Haji Ismail. Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa telah diperkenalkan iaitu Nor Firzanah Azyan binti Mohd Hisham dari kelas 5 Ursinia. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Pengetua SMK Bukit Sentosa, Tuan Raimi bin Ramli untuk memimpin dan mengawal disiplin para pelajar SMK Bukit Sentosa. Barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang terdiri daripada Penolong-Penolong Ketua Pen...

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA 2019

Image
Pada 12 Januari 2019, Mesyuarat Agung Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah berlangsung dengan lancar di Naungan Munsyi SMK Bukit Sentosa. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Antara pihak yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah Puan Hajah Sukainah binti Ismail, barisan Guru-Guru Pengawas dan Pengawas-Pengawas SMK Bukit Sentosa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 2019 serta memupuk semangat kerjasama antara pengawas demi memantapkan pengurusan disiplin sekolah. Semoga pengawas-pengawas SMK Bukit Sentosa dapat bekerjasama antara satu sama lain dan dapat menjalankan tugas dengan baik pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang akan datang. Ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat. Kerjasama anda amat dihargai. Berikut merupakan perjalanan bagi Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2019 : Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas Sesi Pagi Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas Sesi Petang...