Posts

Showing posts from 2019

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2019

Image
Pada 26 April 2019 sehingga 28 April 2019, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas. Kem tersebut diadakan di Kem Sri Raudah, Gombak, Selangor. Seramai 120 orang pengawas yang terdiri daripada pengawas-pengawas dari tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta 12 orang guru pengawas terlibat dalam kem ini. Program ini turut dihadiri oleh tiga orang VIP iaitu Puan Hajah Sukainah binti Haji Ismail, Encik Bakari bin Abu Bakar dan Puan Sharifah binti Othman. Kem ini diadakan untuk membentuk sahsiah dan keterampilan pengawas di sekolah sekali gus melahirkan pengawas sekolah yang berkualiti tinggi. Saya berharap p rogram seperti ini dilaksanakan lagi pada tahun yang akan datang untuk memberikan input dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang kepimpinan.  Berikut merupakan perjalanan bagi kem ini :  Pertandingan drama antara kumpulan Senaman pagi Ucapan oleh wakil PIBG Sesi fotografi

KURSUS PEMANTAPAN BACAAN DOA 2019

Image
Pada tanggal 27 Februari 2019, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Kursus Pemantapan Bacaan Doa yang di bertempat di Makmal Duron SMK Bukit Sentosa. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk  melahirkan lebih ramai pengawas lelaki beragama Islam yang berani untuk memimpin bacaan doa pada setiap pagi dan setiap kali majlis diadakan di sekolah. Antara pihak yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Rashid yang telah memberi tunjuk ajar kepada semua pengawas lelaki yang hadir, Puan Roslina binti Mustapha selaku penyelaras program, Nor Firzanah Azyan binti Mohd Hisham selaku Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa, Muhammad Danish Azha bin Aidi Azha selaku Ketua Biro Kerohanian, Nur Azra Irdina binti Azhar selaku Ketua Biro Dokumentasi dan para pengawas lelaki tingkatan 3, 4 dan 5 yang beragama Islam. Semoga semua pengawas lelaki yang hadir ke kursus ini dapat memimpin bacaan doa dengan lancar pada setiap pagi dan juga setiap kali majlis diadakan. Berikut merupakan perjalanan ba...

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2019 (SESI PAGI)

Image
Pada 29 Januari 2019 yang lalu, SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar yang bertempat di Naungan Munsyi SMK Bukit Sentosa. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melantik para pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada beberapa unit iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan sebagainya. Majlis ini bermula sejurus sahaja para pentadbir SMK Bukit Sentosa tiba di Naungan Munsyi pada jam 8.10 pagi. Pentadbir sekolah yang terlibat dalam majlis ini terdiri daripada Tuan Raimi bin Ramli, Puan Faridah binti Shreef dan Puan Hajah Sukainah binti Haji Ismail. Ketua Pengawas SMK Bukit Sentosa telah diperkenalkan iaitu Nor Firzanah Azyan binti Mohd Hisham dari kelas 5 Ursinia. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Pengetua SMK Bukit Sentosa, Tuan Raimi bin Ramli untuk memimpin dan mengawal disiplin para pelajar SMK Bukit Sentosa. Barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang terdiri daripada Penolong-Penolong Ketua Pen...

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA 2019

Image
Pada 12 Januari 2019, Mesyuarat Agung Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah berlangsung dengan lancar di Naungan Munsyi SMK Bukit Sentosa. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Antara pihak yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah Puan Hajah Sukainah binti Ismail, barisan Guru-Guru Pengawas dan Pengawas-Pengawas SMK Bukit Sentosa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 2019 serta memupuk semangat kerjasama antara pengawas demi memantapkan pengurusan disiplin sekolah. Semoga pengawas-pengawas SMK Bukit Sentosa dapat bekerjasama antara satu sama lain dan dapat menjalankan tugas dengan baik pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang akan datang. Ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat. Kerjasama anda amat dihargai. Berikut merupakan perjalanan bagi Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2019 : Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas Sesi Pagi Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas Sesi Petang...

MAJLIS APRESIASI PENGAWAS 2018

Image
Pada tanggal 27 Oktober 2018 yang lalu, Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Apresiasi Pengawas di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis ini bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 4 petang. Antara pihak yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis apresiasi pengawas ini ialah YDP PIBG Encik Bakari bin Abu Bakar, Tuan Raimi bin Ramli, Puan Hajah Sukainah binti Ismail, Puan Sharifah binti Osman dan Puan Hajah Roziah binti Samsuri. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pengawas yang telah menggembleng tenaga untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada sekolah sepanjang tahun 2018. Semoga majlis ini dapat menjadikan para Pengawas SMK Bukit Sentosa lebih bersemangat dalam menjalankan tugas di sekolah. Berikut merupakan perjalanan bagi Majlis Apresiasi Pengawas 2018 : Tuan Raimi bin Ramli, Pengetua SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan Persembahan 1 : "You Are The Reason" (part 1) ...