PROJEK KECERIAAN PENGAWAS : MELUKIS MURAL
PROJEK KECERIAAN PENGAWAS ialah sebuah projek yang diadakan untuk mencungkil bakat dan kemahiran pengawas di luar bidang kepimipinan. Hal ini dilakukan agar dapat melahirkan seorang pengawas yang berkualiti dan serba boleh dalam melakukan pelbagai perkara. Dalam projek kali ini, kegiatan yang dilakukan ialah AKTIVITI MELUKIS MURAL di hadapan bilik pengawas. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, pelbagai dugaan harus dilalui oleh para pengawas. Akan tetapi, pelbagai dugaan dapat ditepis dengan adanya semangat kerjasama yang tinggi. Selain itu, sokongan yang diberikan oleh PANITIA PENDIDIKAN SENI menaikkan lagi semangat para pengawas. Hasilnya, suasana BILIK PENGAWAS dapat diperbaharui menjadikannya lebih menonjol dan menyenangkan untuk para pengawas melakukan segala mesyuarat. Selain itu, bakat terpendam setiap pengawas lebih terserlah. Projek ini akhirnya dapat disiapkan sebelum cuti penggal akhir sekolah 2016. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam PROJEK KECERIAAN PENGAWAS.
Comments
Post a Comment