PROJEK DATARAN BUDI

PROJEK DATARAN BUDI ialah sebuah pelan pembaharuan bagi tahun 2017 yang diilhamkan oleh AHLI MAJLIS TERTINGGI 2017. Sebenarnya, projek ini bertujuan untuk membina 'GUIDE LINE' di Dataran Budi. Guide line tersebut berfungsi sebagai petunjuk barisan kelas semasa perhimpunan berlangsung. Jadi, dengan adanya petunjuk yang sistematik ini, segala urusan barisan kelas semasa perhimpunan menjadi lebih lancar. Proses pembinaan 'guide line' ini memakan masa yang agak lama kerana memerlukan ketelitian. Akan tetapi, dengan berkat ketabahan dan semangat yang tinggi serta perancangan yang teratur semua masalah dapat dihadapi dengan mudah. Tidak lupa juga, sokongan daripada PANITIA PENDIDIKAN SENI dan PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU dari aspek peralatan. Selain itu, terima kasih juga kepada PIHAK PENTADBIR SEKOLAH kerana dapat menerima idea BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA dengan baik serta meluluskan perancangan projek ini. Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kas...