Posts

Showing posts from 2016

PROJEK DATARAN BUDI

Image
PROJEK DATARAN BUDI ialah sebuah pelan pembaharuan bagi tahun 2017 yang diilhamkan oleh AHLI MAJLIS TERTINGGI 2017. Sebenarnya, projek ini bertujuan untuk membina 'GUIDE LINE' di Dataran Budi. Guide line tersebut berfungsi sebagai petunjuk barisan kelas semasa perhimpunan berlangsung. Jadi, dengan adanya petunjuk yang sistematik ini, segala urusan barisan kelas semasa perhimpunan menjadi lebih lancar. Proses pembinaan 'guide line'  ini memakan masa yang agak lama kerana memerlukan ketelitian. Akan tetapi, dengan berkat ketabahan dan semangat yang tinggi serta perancangan yang teratur semua masalah dapat dihadapi dengan mudah. Tidak lupa juga, sokongan daripada PANITIA PENDIDIKAN SENI dan PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU dari aspek peralatan. Selain itu, terima kasih juga kepada PIHAK PENTADBIR SEKOLAH kerana dapat menerima idea BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA dengan baik serta meluluskan perancangan projek ini. Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kas...

PROJEK KECERIAAN PENGAWAS : MELUKIS MURAL

Image
PROJEK KECERIAAN PENGAWAS ialah sebuah projek yang diadakan untuk mencungkil bakat dan kemahiran pengawas di luar bidang kepimipinan. Hal ini dilakukan agar dapat melahirkan seorang pengawas yang berkualiti dan serba boleh dalam melakukan pelbagai perkara. Dalam projek kali ini, kegiatan yang dilakukan ialah AKTIVITI MELUKIS MURAL di hadapan bilik pengawas. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, pelbagai dugaan harus dilalui oleh para pengawas. Akan tetapi, pelbagai dugaan dapat ditepis dengan adanya semangat kerjasama yang tinggi. Selain itu, sokongan yang diberikan oleh PANITIA PENDIDIKAN SENI menaikkan lagi semangat para pengawas. Hasilnya, suasana BILIK PENGAWAS dapat diperbaharui menjadikannya lebih menonjol dan menyenangkan untuk para pengawas melakukan segala mesyuarat. Selain itu, bakat terpendam setiap pengawas lebih terserlah. Projek ini akhirnya dapat disiapkan sebelum cuti penggal akhir sekolah 2016. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam ...

MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI 2017

Image
   Pada 2 November 2016, badan pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi 2017 yang bertempat di Bilik Pengurusan Pengawas. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh AMT tahun hadapan. Mesyuarat ini telah berlangsung dari pukul  11 pagi sehingga pukul 1.35 petang. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih anak-anak buah biro dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengawas.   Ketua Pengawas tahun 2017 Pengawas sedang melakukan perbincangan antara satu sama lain Puan Roziah selaku guru pengawas memerhati dan memberi bimbingan semasa mesyuarat

MAJLIS HII-TEA BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA 2016

Image
Pada 15 Oktober 2016, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Apresiasi Pengawas dan Jamuan Akhir Tahun di Hotel Concorde, Shah Alam. Objektif utama majlis ini diadakan ialah sebagai tanda penghargaan atau apresiasi kepada para pengawas yang telah menggembleng tenaga untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada sekolah serta merealisasikan harapan sekolah yakni melahirkan pengawas yang berdisiplin, berketerampilan, proaktif dan dinamik. Berikut merupakan perjalanan sepanjang majlis berlangsung: Tuan Haji Zakaria, YDP PIBG SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan  Tuan Haji Abdul Karim, Pengetua SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan Puan Roziah, Guru Pengawas SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan Acara memotong kek sebagai upacara perasmian majlis