Posts

Showing posts from March, 2017

WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2017

Image
     Pada tanggal 7 Mac 2017, berlangsungnya majlis yang dinanti-nantikan oleh para pemimpin baharu iaitu Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar 2017. Majlis ini diadakan sebagai simbolik perasmian jawatan para pemimpin baharu. Pengacara bagi majlis tersebut ialah PN. ROSELIZA bersama gandingan baharunya iaitu seorang guru praktikal yang sangat berbakat dalam   mengacarakan sesebuah majlis. Pada jam 7:44 pagi, majlis dimulai dengan ketibaan tetamu terhormat iaitu wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Tuan Haji Abdul Karim yang diiringi oleh pasukan kompang sekolah. Majlis turut dilengkapi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor serta bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Luqmanul Hakim. Pada tepat jam 8.00 pagi, majlis telah mempersilakan Pengetua SMKBS menyampaikan ucapan beliau. Seterusnya majlis telah dirasmikan oleh wakil PIBG pada jam 8.10 pagi. Dengan perasmian tersebut, maka bermu...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI SATU 2017

Image
Tanggal 14 Januari 2017, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pen gawas di SMK Bukit Sentosa selama satu hari penuh bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Jumlah pemimpin pelajar yang terlibat dalam 'Leadership Camp For Future Leader' ini ialah seramai 170 orang peserta. Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkeyakian tinggi dan berwibawa. Pada slot pertama para pemimpin pelajar telah diberi ceramah selama 2 jam dari jam 8.30 am hingga 10.30 am. Pada slot kedua pula para pengawas telah diberi tugasan iaitu 'problem solving', decision making', dan 'critical thinking for future leader pada jam 11.00 am hinggga 1.00 pm. Pada slot terakhir pula para pengawas membuat aktiviti 'teamwork spirit' dan 'high quality group action for future leader'.Kem ini telah berakhir dengan jayanya dan semua pengawas memberikan komitmen yang tinggi. Tahniah kepada para pengawas SMK Bukit Sentosa kerana meliba...