MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS 2017

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Pada 29 Disember 2016 yang lalu, Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2017 telah diadakan. Mesyuarat ini bertempat di Bilik Bimbingan dan Kaunseling pada pukul 7.00 pagi sehingga ke 1.00 petang. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang tentang hal ehwal badan pengawas sepanjang tahun 2017. Tamsilnya seperti, sumbangan badan pengawas, memperkenalkan Guru-guru Badan Pengawas SMKBukit Sentosa edisi 2017 kepada para pengawas, memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi 2017 kepada para pengawas dan pemberitahuan tentang tempat bertugas.Kehadiran pengawas adalah diwajibkan agar mereka dapat mengetahui segala perancangan Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa 2017.