Posts

Showing posts from 2017

Projek Penambahbaikan Dataran Budi SMK Bukit Sentosa.

Image
Pada tanggal 28 November 2017 hingga 30 November 2017 yang lalu, Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa 2018 telah mengadakan Projek penambahbaikan dataran budi bersama pengawas-pengawas SMK Bukit Sentosa yang lain.Projek penambahbaikan dataran budi yang bermula dari 8 pagi hingga 2 petang ini bertujuan untuk mengecat semula 'Guide Line' yang telah diilhamkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SMK Bukit Sentosa 2017 kerana garisan tersebut sudah pudar.Projek penambahbaikan dataran budi ini disokong oleh Puan Roziah Bt. Samsuri,Puan Roslina Bt. Mustapha dan guru-guru pengawas yang lain.Dengan hasil pertolongan daripada semua pihak,suasana dataran budi menjadi ceria kembali.Semoga pengawas SMK Bukit Sentosa  terus memberikan kerjasama dan komited dalam menyetai projek Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa yang akan datang.Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak  yang terlibat. mengikis cat   melakar semula nama dan garisan kelas mengecat s...

Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa.

Image
    LOGO BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA.    Tangan yang menggenggam menunjukkan pengawas sekolah adalah sebagai pemegang amanah untuk membantu menguatkuasakan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Warna merah menunjukkan pengawas sekolah perlu memiliki sifat berani dalam melaksanakan tugas. Warna putih menunjukkan pengawas sekolah perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan keikhlasan. Warna biru menunjukkan pengawas perlu melaksanakan tugas secara adil tanpa mengira bangsa demi mengekalkan perpaduan. Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.  SLOGAN BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA. -Berkhidmat Untuk Memimpin- VISI BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA. -Pengawas cemerlang menjanakan generasi terbilang.- MISI BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA. -Melahirkan pengawas yang  berdisiplin,berketerampilan,  proaktif dan dinamik.- IKRAR BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA...

Barisan Pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa

Image
Pengetua SMK Bukit Sentosa: - Tuan Haji Abdul Karim Bin Ihwan- Guru Penolong Kanan 1: - Puan Wan Khatijah Binti Wan Abdullah - Guru Penolong Kanan HEM: - Puan Hajah Sukaimah Binti Ismail - Guru Penolong Kanan Kokurikulum: - Puan Norizah Binti Abdul Rahman - Guru Penolong Kanan Petang: - Puan Sharifah Binti Osman-

Majlis Hi-Tea Badan Pengawas dan Jamuan Akhir Tahun 2017

Image
Tanggal 28 Oktober 2017 yang lalu,Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Apresiasi Pengawas yang bertujuan untuk meraikan para pengawas  yang telah banyak mengerah tenaga menabur khidmat bakti tanpa jemu kepada sekolah.Majlis ini bertempat di Geno Hotel,Shah Alam bermula pada pukul 12:30 tengah hari sehingga 4:00 petang.Antara pihak yang telah menjayakan majlis ini  ialah YDP PIBG Encik Bakari Bin Bakar, Tuan Haji Abdul Karim Bin Ikhwan,Puan Hajah Sukainah Binti Ismail,Puan Sharifah Binti Osman,Puan Hajah Roziah Binti Samsuri, barisan guru-guru pengawas serta ajk pengawas tingkatan 4.Secara keseluruhannya,majlis ini berjalan lancar dari segi kehadiran pengawas yang menggalakkan dan pengurusan majlis yang efektif.Diharap semoga dengan adanya majlis ini para pengawas dapat terus  memberikan sumbangan serta komitmen yang jitu dalam badan pengawas sekolah.Jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Berikut merupak...

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

Image
   Pada tanggal 22 APRIL 2017, BENGKEL PENGUCAPAN AWAM bersama ENCIK HAIRUL FAIEZI telah diadakan di BILIK KAUNSELING SMK BUKIT SENTOSA. Program bermula seawal 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Objektif program ini bertujuan untuk melatih PENGAWAS TINGKATAN 4 agar menjadi pemimpin yang berkaliber dan bijak berkata-kata. Berikut merupakan rentetan program : pada pukul 8.00 pagi pendaftaran bermula. Pada pukul 8.30 pagi bengkel dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh HEDZRY SHAFRY , nyanyian lagu Negaraku, Ikrar pengawas, ucapan daripada GURU PENGAWAS , PN. HAJAH ROZIAH BINTI SAMSURI. Antara slot yang terdapat didalam bengkel ialah KEYAKINAN DIRI dan PENGUCAPAN AWAM. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam bengkel tersebut dan diharapkan agar bengkel tersebut dapat menjadikan semua PENGAWAS TINGKATAN 4 yang terl ibat menjadi seseorang yang berkeyakinan tinggi😁😁 Pengacara majlis bengkel pengucapan awam Para pengawas membaca ikrar pengaw...

WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2017

Image
     Pada tanggal 7 Mac 2017, berlangsungnya majlis yang dinanti-nantikan oleh para pemimpin baharu iaitu Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar 2017. Majlis ini diadakan sebagai simbolik perasmian jawatan para pemimpin baharu. Pengacara bagi majlis tersebut ialah PN. ROSELIZA bersama gandingan baharunya iaitu seorang guru praktikal yang sangat berbakat dalam   mengacarakan sesebuah majlis. Pada jam 7:44 pagi, majlis dimulai dengan ketibaan tetamu terhormat iaitu wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Tuan Haji Abdul Karim yang diiringi oleh pasukan kompang sekolah. Majlis turut dilengkapi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor serta bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Luqmanul Hakim. Pada tepat jam 8.00 pagi, majlis telah mempersilakan Pengetua SMKBS menyampaikan ucapan beliau. Seterusnya majlis telah dirasmikan oleh wakil PIBG pada jam 8.10 pagi. Dengan perasmian tersebut, maka bermu...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI SATU 2017

Image
Tanggal 14 Januari 2017, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pen gawas di SMK Bukit Sentosa selama satu hari penuh bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Jumlah pemimpin pelajar yang terlibat dalam 'Leadership Camp For Future Leader' ini ialah seramai 170 orang peserta. Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkeyakian tinggi dan berwibawa. Pada slot pertama para pemimpin pelajar telah diberi ceramah selama 2 jam dari jam 8.30 am hingga 10.30 am. Pada slot kedua pula para pengawas telah diberi tugasan iaitu 'problem solving', decision making', dan 'critical thinking for future leader pada jam 11.00 am hinggga 1.00 pm. Pada slot terakhir pula para pengawas membuat aktiviti 'teamwork spirit' dan 'high quality group action for future leader'.Kem ini telah berakhir dengan jayanya dan semua pengawas memberikan komitmen yang tinggi. Tahniah kepada para pengawas SMK Bukit Sentosa kerana meliba...

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGAWAS 2017

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Pada 29  Disember 2016 yang lalu, Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2017 telah diadakan. Mesyuarat ini bertempat di Bilik Bimbingan dan Kaunseling pada pukul 7.00 pagi sehingga ke 1.00 petang. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang tentang hal ehwal badan pengawas sepanjang tahun 2017. Tamsilnya seperti, sumbangan badan pengawas, memperkenalkan Guru-guru Badan Pengawas SMKBukit Sentosa edisi 2017 kepada para pengawas, memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi 2017 kepada para pengawas dan pemberitahuan tentang tempat bertugas.Kehadiran pengawas adalah diwajibkan agar mereka dapat mengetahui segala perancangan Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa 2017.