Posts

Showing posts from November, 2016

MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI 2017

Image
   Pada 2 November 2016, badan pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi 2017 yang bertempat di Bilik Pengurusan Pengawas. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh AMT tahun hadapan. Mesyuarat ini telah berlangsung dari pukul  11 pagi sehingga pukul 1.35 petang. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih anak-anak buah biro dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengawas.   Ketua Pengawas tahun 2017 Pengawas sedang melakukan perbincangan antara satu sama lain Puan Roziah selaku guru pengawas memerhati dan memberi bimbingan semasa mesyuarat

MAJLIS HII-TEA BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SENTOSA 2016

Image
Pada 15 Oktober 2016, Badan Pengawas SMK Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Apresiasi Pengawas dan Jamuan Akhir Tahun di Hotel Concorde, Shah Alam. Objektif utama majlis ini diadakan ialah sebagai tanda penghargaan atau apresiasi kepada para pengawas yang telah menggembleng tenaga untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada sekolah serta merealisasikan harapan sekolah yakni melahirkan pengawas yang berdisiplin, berketerampilan, proaktif dan dinamik. Berikut merupakan perjalanan sepanjang majlis berlangsung: Tuan Haji Zakaria, YDP PIBG SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan  Tuan Haji Abdul Karim, Pengetua SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan Puan Roziah, Guru Pengawas SMK Bukit Sentosa memberikan ucapan Acara memotong kek sebagai upacara perasmian majlis